Terma dan Syarat


1) HAMZA STORE secara amnya beroperasi secara online. Kami juga menyediakan perkhidmatan Cash on Delivery atau Cash on Collection untuk produk-produk tertentu, seperti yang dinyatakan pada keterangan setiap produk yang dijual di sini.

2) Kami menerima tempahan 24 jam setiap hari. Tempahan adalah melalui borang pesanan yang disediakan. Sila isikan borang tempahan selengkapnya untuk membolehkan kami mengira jumlah caj pos yang berkaitan. Nombor pesanan anda dan seterusnya nombor akaun juga akan diberikan melalui emel kepada pelanggan. Pastikan alamat emel yang disertakan adalah tepat.

3) Pelanggan diminta untuk menghantar bukti pembayaran yang telah dibuat melalui emel atau pesanan Whatsapp/Telegram (013-719-5959). Sila sertakan nombor pesanan yang telah diberi. Setelah status pembayaran disahkan, pesanan akan diproses dalam masa 24 sehingga 36 jam. Barangan akan dipos pada keesokan hari bekerja. Tiada pengeposan pada hari Khamis kerana kami tidak mahu barangan 'terkandas' lama di pihak pos kerana cuti hujung minggu (kecuali atas permintaan pelanggan). 

4) Nombor tracking akan diberikan setelah barang dipos. Kami menggunakan perkhidmatan Poslaju, Skynet atau Nationwide Express. Kos pengeposan juga akan mengambilkira kos-kos yang terlibat seperti pembungkusan, kendalian dan caj pos/kurier.

5) Jaminan: Kami akan berusaha memastikan barangan adalah dalam keadaan terbaik sebelum diposkan kepada pelanggan. Namun sekiranya barangan yang pelanggan terima adalah dalam keadaan rosak/pecah/koyak dan tidak boleh digunakan lagi, sila ikuti langkah berikut:
a- Segera rakamkan gambar keadaan bagaimana barangan sampai sejurus diterima dari pihak kurier.
b- Hantarkan gambar tersebut kepada kami melalui emel/whatsapp/telegram dengan menyebut nombor pesanan.
c- Kami akan teliti tahap kerosakan tersebut. Jika gantian diperlukan, kami akan menghantar barangan gantian kepada pelanggan menggunakan proses yang sama sepertimana pesanan baharu di atas.

6) Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami. Terima kasih kerana membeli di Hamza Store. Semoga anda berpuas hati dengan layanan kami.
"Kepuasan anda, kelegaan kami."